Friday, July 25, 2008

Kasih Sayang, cinta!



Hidup tanpa kasih sayang & cinta sangatlah kosong! Tanpa sifat-sifat ini kita dikira tidak bertuah langsung. Skop sifa-sifat ini amatlah meluas dan mendalam maksudnya. Kasih sayang & cinta kepada Allah, ibu-bapa, pasangan, sahabat handai dan saudara - mara akan meruntun sikap lebih tanggungjawab kepada hak masing-masing. Semoga hak-hak itu diperakui sementara hidup yang sekali ini mendapat keberkatan Illahi. InsyaAllah.

My Jantung, My life!





Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".
Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.

Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.

Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.

Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.

Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggil myokardium (myocardium), dan lapisan terdalam dipanggil endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.

Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari

Monday, July 14, 2008

My cousin wed day!(July 13,2008)





Tahniah kepada pasangan Meslawati Mesri & Rizal Shahrol b. Mohd.
Semoga ikatan kasih suci yang terpatri kekal ke akhir hayat.
Ameen Ya Rabbal Al-ameen.

Saturday, July 12, 2008

IJN Bowling tournament 2008.












Date; Jun 22, 2008.
Venue: Ampang Bowling, Times Square.

IJN's Nite 2007.





Date: Jan 18, 2008
Venue: Dewan Felda
Theme: Arabian Nite

Malaysian Live 2008- KL Hilton (10-12 July)!!!






1)My Live Opening ceremony
2)Diamond of CRT talk by my BOSS!!!
3)CRT pace lead position-RA, RV & LV.
4)IVUS pic of PCI!!
5)During the courses!!!

Roses of KL Hilton!



Nasi Lemak KL sentral---leleh..

Monday, July 7, 2008

Hubby & me @ Cameron Highland!!!(May 19&20,2008)





Senyuman!


Senyum seindah suria yang membawa cahaya..
Kau tersenyum , ku tersenyum,
Kebahagiaan menguntum...

Acapkali kita berasa amat tenang dan bahagia jika dihiasi & menghiasi saat-saat hidup ini dengan senyuman. Seolah-olah tiada apa yang berserabut di akal fikiran. Benarkah orang kata dengan senyuman wajah menjadi awet muda, rezeki bertambah dan hidup menjadi mudah...?
Pada logiknya dengan senyuman sesuatu itu boleh menjadi positif, tiada kemurungan, tiada sumpah seranah dan menjadikan wajah tampak lebih manis dan disenangi oleh mata-mata disekeliling.

Senyum, senyumlah ahai Che Mek Molek...

Sunday, July 6, 2008

Penyatuan 2 hati.









Paluan kompang kian menyentakkan degupan jantung di tatah pula dengan pukulan gamelan yang syahdu diiringi lagu-lagu syahdan yang penuh gemersik. 2 minggu berturut-turut Delia menerima jemputan sahabat handai dan saudara- mara. Masing-masing mempamirkan kegembiraan bakal raja sehari. Seronok rasanya berkunjung dan melihat panorama perkahwinan sekaligus menyatukan 2 hati yang tidak sabar menyahut tanggungjawab masing-masing. Memang lumrah kejadian manusia dijadikan secara berpasangan, diciptakan lelaki dan perempuan untuk bersama-sama berkongsi suka-duka, sifat tanggungjawab, kepercayaan disamping berdakwah di jalan keredhaan Allah Taala. Semoga ikatan ini melahirkan ramai lagi waris-waris yang beriman. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

Friday, June 20, 2008

Jumaat yang indah!

Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. Tiada yang kekal dialam Baqa' ini. Tengahari ni office Delia mengadakan jamuan perpisahan salah seorang staff baru bekerja 4 bulan jer .
Siapa yang tak mau offer yang bagus kan?.. Jadi pegawai kerajaan lagi! Wow seronoknya! Delia selalu mengharapkan offer kerja kerajaan yang bagus tapi rezeki belum ada!!!! Kerja sekarang pun kira bersyukur meskipun gaji merangkak rangkak tapi benefit memang ada. Di zaman inflasi berleluasa ini Delia cuba fikirkan idea yang terbaik mencari sumber pendapatan sampingan. Harapkan gaji tetap memang tak keruan... dapat gaji terus bayar bills yang melambak. Wow tak sanggup rasanya menghadapi hari seterusnya dengan baki yang tak seberapa! tambahan pula hidup ditengah bandaraya metropolitan memang perit.. harga sebatang serai pun 10 sen... semuanya berharga , sedangkan kalau di kampung boleh dipetik belakang rumah saja . Impak inflasi ni memang semua hadapi... oleh itu kita sama-samalah bersabar dan bijak menghadapi saat getir ini!!! Go go cayyokh.

Thursday, June 19, 2008

Hari ini! Esok?



Hidup tetap hidup.. lumrah hidup pelbagai , menyakitkan dan acapkali membahagiakan!!! Hmmm malas rasanya menghadapi hari ini! Panas yang diharapkan hingga ke esokkan harinya dan selamanya bertukar traumatic dan ngeri. Wow! susah nak buat semua orang dan diri sendiri ini senang dan berpuashati dengan keadaan sekeliling. Biarpun lain yang diimpikan namun terpahat sekalumit keinsafan dan hikmah yang mendalam mendorong sifat positif dan semangat yang hakiki untuk menangani peristwa seumpama ini kelak. Inilah pengalaman dan setiap hari kita bergelumang dengan pengalaman yang indah, sepi, ganjil dan pelbagai lagi.. biarlah yang negatif itu dengan labu dan labinya...... yang pasti kita mesti tabah, berwasatiah, redha, syukur dan tetap utuh menghadapinya... cau!!!!

Daging black paper berkicap!!! Ummmp!!

Ni pun sama.. basic nya bawang putih , merah garam, halia, serai, minyak masak , sos tiram, kicap, daging dipotong ikut saiz kesukaan dan yang penting ada black papernya!!!! sukatannya ikut citarasa memasing!

huhu tumis semua bawang, serai. halia... then tambah sos tiram... masukkan black paper ... masukkan daging hingga lembut. last sekali masukkan kicap ikut suka rasa anda!

Kl nak pedas lagi.. tambahkanlah cabai dan sedikit lada sulah!!!!! gitu jer!!!

Wednesday, June 18, 2008

Kailan ikan masin! sempoi


Sayur ni senang jer!!! sempoi gitu!!
Bawang merah ckit.. bwg putih.. ikan masin tengkiri.. sos tiram.. khailan dan sedikit minyak msk dan garam !!!

secara ringkas.. tumbuk bwg, putih merah dan ikan masin tadi!! tumis dan tambah sedikit garam dan sos tiram.. bila sudah agak garing masukkan sayur khailan yang sudah dipotong!

Then kl nak pedas tambahlah cabai... sebanyak yang mungkin!!!
sempoi kan!!!

Santai Cameron!


Kedinginan suasana Highlands ini makin terserlah dengan tatahan keindahan kelopak ros, keenakkan strawberry , kevariasasian kaktus , bunga-bungaan, rama-rama dan sayur-sayur segar!

test