Hidup tanpa kasih sayang & cinta sangatlah kosong! Tanpa sifat-sifat ini kita dikira tidak bertuah langsung. Skop sifa-sifat ini amatlah meluas dan mendalam maksudnya. Kasih sayang & cinta kepada Allah, ibu-bapa, pasangan, sahabat handai dan saudara - mara akan meruntun sikap lebih tanggungjawab kepada hak masing-masing. Semoga hak-hak itu diperakui sementara hidup yang sekali ini mendapat keberkatan Illahi. InsyaAllah.
Friday, July 25, 2008
Kasih Sayang, cinta!
Hidup tanpa kasih sayang & cinta sangatlah kosong! Tanpa sifat-sifat ini kita dikira tidak bertuah langsung. Skop sifa-sifat ini amatlah meluas dan mendalam maksudnya. Kasih sayang & cinta kepada Allah, ibu-bapa, pasangan, sahabat handai dan saudara - mara akan meruntun sikap lebih tanggungjawab kepada hak masing-masing. Semoga hak-hak itu diperakui sementara hidup yang sekali ini mendapat keberkatan Illahi. InsyaAllah.
My Jantung, My life!


Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".
Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.
Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.
Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.
Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.
Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.
Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggil myokardium (myocardium), dan lapisan terdalam dipanggil endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.
Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari
Tuesday, July 15, 2008
Monday, July 14, 2008
My cousin wed day!(July 13,2008)
Saturday, July 12, 2008
Malaysian Live 2008- KL Hilton (10-12 July)!!!
Monday, July 7, 2008
Senyuman!

Senyum seindah suria yang membawa cahaya..
Kau tersenyum , ku tersenyum,
Kebahagiaan menguntum...
Acapkali kita berasa amat tenang dan bahagia jika dihiasi & menghiasi saat-saat hidup ini dengan senyuman. Seolah-olah tiada apa yang berserabut di akal fikiran. Benarkah orang kata dengan senyuman wajah menjadi awet muda, rezeki bertambah dan hidup menjadi mudah...?
Pada logiknya dengan senyuman sesuatu itu boleh menjadi positif, tiada kemurungan, tiada sumpah seranah dan menjadikan wajah tampak lebih manis dan disenangi oleh mata-mata disekeliling.
Senyum, senyumlah ahai Che Mek Molek...
Sunday, July 6, 2008
Penyatuan 2 hati.




Paluan kompang kian menyentakkan degupan jantung di tatah pula dengan pukulan gamelan yang syahdu diiringi lagu-lagu syahdan yang penuh gemersik. 2 minggu berturut-turut Delia menerima jemputan sahabat handai dan saudara- mara. Masing-masing mempamirkan kegembiraan bakal raja sehari. Seronok rasanya berkunjung dan melihat panorama perkahwinan sekaligus menyatukan 2 hati yang tidak sabar menyahut tanggungjawab masing-masing. Memang lumrah kejadian manusia dijadikan secara berpasangan, diciptakan lelaki dan perempuan untuk bersama-sama berkongsi suka-duka, sifat tanggungjawab, kepercayaan disamping berdakwah di jalan keredhaan Allah Taala. Semoga ikatan ini melahirkan ramai lagi waris-waris yang beriman. Amin Ya Rabbal Al-Amin.
Subscribe to:
Comments (Atom)












